UNIT KOKURIKULUM SMKPT

UNIT KOKURIKULUM SMKPT
MELAKA

Sunday 23 December 2012

DASAR UNIT KOKURIKULUM SMKPT


DASAR KOKURIKULUM SMK PADANG TEMU
MOTO :            KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN MODAL INSAN.

1.             Membentuk pelajar secara bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
2.             Mewajibkan pelajar  mendaftar  menjadi ahli rumah sukan, ahli kelab sukan dan permainan,  ahli kelab atau persatuan akademik/bukan akademik, ahli badan beruniform.
3.             Semua Rumah Sukan, Kelab Sukan dan Permainan,  Kelab/Persatuan Akademik/Bukan Akademik dan Badan Beruniform mesti mempunyai perlembagaan masing-masing.
4.             Menerapkan nilai murni dan semangat berpasukan serta kekitaan semasa melaksanakan aktiviti dan pertandingan yang disertai.
5.             Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pelbagai jenis sukan dan permainan selaras dengan dasar sukan negara iatu sukan untuk semua serta penglibatan yang menyeluruh dan dasar KPM iaitu 1Sukan 1Murid.
1.                   Melibatkan pelajar secara menyeluruh pada hari pertandingan Merentas Desa, Sukantara, Kejohanan Trek dan Padang dan Hari Kokurikulum pada setiap tahun.
7.             Merealisasikan moto “bertanding untuk menang, bukan setakat penyertaan”
                atau “latihan asas kemahiran jalan ke arah kemenangan “ atau “rahsia  kejayaan ialah kemahuan penuh iltizam ” kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan.
8.             Guru penasihat selaku guru pengiring pelajar mesti bertanggungjawab dan mematuhi Tatacara Keselamatan semasa mengiringi pelajar dalam pelbagai aktiviti di luar sekolah.
9.             Setiap hari Rabu minggu genap akan diadakan perjumpaan pasukan beruniform sementara pada hari Rabu minggu ganjil akan diadakan perjumpaan persatuan atau kelab. Perjumpaan akan diadakan pada pukul 1.15 petang 3.00 petang.
10.          Setiap ahli pasukan beruniform dan guru penasihat digalakkan memakai uniform lengkap pada setiap hari Rabu.
11.          Perjumpaan rumah sukan adalah pada setiap hari Isnin dan Selasa pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang. Pelajar dikehendaki memakai t-shirt rumah sukan sukan masing-masing atau t-shirt sekolah.
12.          Laporan aktiviti kokurikulum perlu direkodkan dalam buku rekod kokurikulum, disemak dan disahkan oleh pentadbir.
13.          Kebajikan pelajar dan guru mesti dititikberatkan untuk menggelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku di luar jangkaan manusia.
14.          Perjumpaan minimum bagi pasukan uniform ialah 18 kali sementara persatuan atau kelab ialah 12 kali.
15.          Setiap guru penasihat perlu menyediakan Perancangan Strategik  tahunan pasukan beruniform /  persatuan pada awal tahun serta menyediakan laporan pada hujung tahun.


16.          Setiap pelajar perlu mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum. Guru Penasihat perlu merekodkan kehadiran pelajar dalam setiap aktiviti / perjumpaan.
17.          Pelajar yang telah memberi sumbangan cemerlang kepada sekolah dalam sebarang aktiviti kokurikulum di dalam atau di luar sekolah perlu diberikan Sijil Penghargaan.
18.          Setiap pasukan beruniform, persatuan / kelab mesti mengadakan aktiviti berkaitan unit masing-masing pada setiap perjumpaan hari Rabu secara bergilir-gilir seperti dijadualkan.
19.          Setiap pasukan beruniform, kelab / persatuan, sukan dan permainan dibenarkan mengutip yuran keahlian seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat agung dan ia mesti direkodkan.

No comments:

Post a Comment