UNIT KOKURIKULUM SMKPT

UNIT KOKURIKULUM SMKPT
MELAKA

Sunday 23 December 2012

DASAR DAN MISI UNIT KOKU SMKPT


VISI DAN MISI UNIT KOKURIKULUM SMK PADANG TEMU
Pendahuluan.
                Aktiviti kokurikulum SMK Padang Temu adalah kesinambungan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi melahirkan individu yang berketerampilan dalam semua aspek. Memandangkan kepentingan inilah maka kepimpinan pengurusan kokurikulum sekolah telah merangka dan merancang pelbagai aktiviti bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
                Pengurusan kokurikulum di sekolah dibahagikan kepada 2 bidang utama iaitu bidang kokurikulum yang merangkumi aktiviti unit beruniform dan kelab / persatuan dan bidang sukan yang merangkumi aktiviti rumah sukan dan kelab sukan dan permainan. Selain itu, pihak sekolah juga terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri sama ada sebagai jawatankuasa pelaksana beberapa program di peringkat kawasan dan negeri.
                Aktiviti-aktiviti yang direncanakan oleh pengurusan kokurikulum ini akan menjadi landasan untuk setiap pelajar mengembangkan bakat dan minat mereka sama ada di peringkat sekolah, kawasan, negeri, kebangsaan atau pun antarabangsa.

2.0 VISI
                                 “KOKURIKULUM SMKPT CEMERLANG TAHUN 2013”
3.0 MISI
                Memastikan program dan jadual tahunan aktiviti kokurikulum dipatuhi.
                Berusaha melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang kokurikulum  yang disertai.
                Membentuk sikap kepimpinan dan disiplin dalam kalangan pelajar.
                Memastikan pencapaian atau pelunjuran di dalam ‘Fokus Kecemerlangan Kokurikulum’ menepati sasarannya.




4.0 Konsep
                Pada dasarnya kokurikulum adalah pelengkap kurikulum. Aktivit-aktivi kokurikulum yang bersepadu dan mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang dirancang melalui pendekatan berikut:
Ø  Penyertaan aktif semua pelajar
Ø  Ke arah kecemerlangan
Ø  Aktiviti sepanjang tahun
Ø  Murid Berbuat, Guru Membimbing
Ø  Perkhemahan
Ø  Kepimpinan
5.0 Matlamat
                Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan minat individu ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membantu sekolah tanpa kegagalan.

6.0 Objektif
1.       Untuk menyeimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras dangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.       Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum.
3.       Menggalakkan pelajar berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian.
4.       Menjadikan kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.

7.0 Pelaksanaan.
7.1 Penglibatan Pelajar
      Pada dasarnya, setiap pelajar adalah wajib menyertai dan menjadi ahli bagi kegiatan kokurikulum mengikut ketentuan berikut:

v  Satu badan beruniform
v  Satu persatuan/kelab
v  Satu sukan/permainan.
v  Satu rumah sukan

7.2 Guru Penasihat dan Jurulatih.
          Peranan guru penasihat, pengurus dan jurulatih adalah sangat penting bagi memastikan ketiga-tiga bidang kokurikulum dilaksanakan dengan cekap dan efektif. Pemilihan guru-guru penasihat adalah berdasarkan kepada konsep semua guru adalah layak, berkebolehan, berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengendalikan segala

aktiviti yang berkaitan dengan sekolah, Setiap kelab, persatuan dan unit beruniform dipimpin oleh seorang ketua guru penasihat dan dibantu oleh beberapa orang pembantu dalam kalangan guru.
      Untuk tujuan peningkatan ilmu dan pengalaman,dari masa ke semasa, guru-guru penasihat digalakkan untuk mengikuti kursus yang berkaitan yang dianjurkan oleh pihak jabatan pelajaran atau badan-badan kerajaan/berkanun yang berkaitan.Untuk memastikan guru-guru penasihat, jurulatih dan pengurus mendapat arahan dan panduan khusus yang terancang, sebuah buku panduan tugas disediakan bagi tujuan melincinkan lagi pelaksanaan aktiiti kokurikulum. Guru penasihat digalakkan untuk merancang program-program tertentu seperti kursus, perkhemahan, program pembangunan dan seumpamanya bagi tujuan merancakkan lagi aktiviti unit-unit kokurikulum masing-masing.
Mesyuarat-mesyuarat khas atau perjumpaan-perjumpaan secara formal atau tidak formal akan dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah dengan ketua-ketua guru penasihat dan pengurus-pengurus pasukan untuk berbincang, merancang atau membuat post mortem terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

7.3 Kad Rekod Kokurikulum.
                Untuk tujuan pematauan,setiap pelajar wajib memiliki empat unit kad rekod / aktiviti kokurikulum yang akan diguna pakai sepanjang tempoh setahun. Kegagalan pelajar memiliki kad ini adalah dianggap sebagai gagal mematuhi peraturan sekolah dan pelajar boleh dikenakan denda / hukuman.
                Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti  untuk tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru tingkatan dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal untuk tujuan pemantauan.Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah koku pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun.












7.4 Masa Aktiviti
                Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:

Unit-unit koku
Kekerapan
Hari / Masa
Tempoh
Pasukan pakaian seragam (unit beruniform)

2 minggu sekali
Rabu
1.15 – 3.00 ptg
Sepanjang tahun
Kelab/Persatuan Akademik dan bukan akademik

2 minggu sekali
Rabu
1.15 – 3.00 ptg


Sepanjang Tahun
Kelab Sukan dan Permainan

1 minggu sekali
Isnin & Selasa
3.30 – 5.00 ptg
Sepanjang Tahun
Latihan Rumah Sukan
1.       Bendahara
2.       Laksamana
3.       Temenggung
4.       Syahbandar


1 minggu sekali


Isnin:
3.30 – 5.00 ptg
Selasa:
3.30 – 5.00 ptg


Sepanjang Tahun

7.5 Penyertaan dan Pertandingan
                Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, kawasan, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan pelajar di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada pelajar untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya.

7.6 Penghayatan.
                Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang cemerlang samada diperingkat kawasan, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti :
Ø  Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbir dan guru guru dalam majlis
rasmi atau perhimpunan sekolah.

Ø  Memberi sijil-sijil penghargaan.

Ø  Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan  sebagainya.

Ø  Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan di papan kenyataan.

Ø  Memuatkan maklumat dalam ruangan khas dalam majalah sekolah.

Ø  Memberikan markah bonus dalam Rekod Penilaian Kokurikulum.

No comments:

Post a Comment