DASAR DAN
PETUNJUK
PELAKSANAAN
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Warta Kerajaan bertarikh, 28hb. Disember, 1967, No. 5652
(Peraturak Kursus Pengajian) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai
kegiatan kumpulan manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb. Disember 1997, Jld.
41, No. 26, Tambahan N0.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidkan 1996,
Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti
yang berikut:
“Kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
JENIS-JENIS
AKTIVITI
Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei, 1998,
Jilid 42.No.11 Tambahan No.41 Perundangan P.U(A)196, pihak sekolah boleh
menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
1. Mata
pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
2. Hobi dan
rekreasi;
3. Sukan dan
Permainan;
4. Badan
beruniform; atau
5. Apa-apa
persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.
PERUNTUKAN
MASA
Warta Kerajaan bertarikh 28hb. Disember, 1967, Jilid 11,
Bil.27, No.5652 telah membuat ketetapan pembahagian masa untuk kokurikulum
seperti yang berikut:
SEKOLAH
MENENGAH
Tingkatan
|
Aliran
|
Peruntukan Masa
|
Peralihan, 1-3
|
|
180 minit
|
4 dan 5
|
Sastera
|
180 minit
|
Sains
|
180 minit
|
|
Teknik
|
100 minit
|
|
Pertanian
|
140 minit
|
|
Perdagangan
|
180 minit
|
|
SRT
|
180 minit
|
|
6
|
|
180 minit
|
SEKOLAH
RENDAH
Tahun
|
Peruntukan Masa
|
3 dan 4
|
60 minit
|
5 dan 6
|
120 minit
|
DASAR UTAMA PELAKSANAAN
1. Kegiatan kokurikulum ialah sebahagian
daripada kurikulum kebangsaan.
“Kurikulum Kebangsaan ialah
suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”.
Implikasinya:
(a) Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di
semua sekolah adalah wajib.
[Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)]
(b) Keengganan melaksanakan kegiatan
kokurikulum ialah suatu kesalahan yang jika disabitkan boleh dijatuhi hukuman
denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah Penalti Am.
(Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996)
(c) Seseorang yang melakukan kesalahan di
bawah Akta 550 yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh apabila
disabitkan, denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
(d) Seseorang yang melakukan suatu
kesalahan di bawah 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan,
apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi RM500.00
sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di
bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan
itu terus dilakukan.
2. Penyertaan murid dalam kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat gerakerja kokurikulum yang
dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah
mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian
seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab atau satu kegiatan sukan atau
permainan.”
(Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
Implikasinya:
(a) Sekolah
mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan
kokurikulum yang diminati oleh mereka.
{Untuk
tujuan ini pengetua/guru besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan
kelab/persatuan sekolah seperti dalam Peraturan4 Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98}.
(b) Penyertaan,
kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan
diberi penilaian.
(Hal ini
ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 SPI Bil. 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah dan Perkara 2.1 SPI Bil 2/1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja
Ko-Kurikulum Pelajar)
(c) Ketidakhadiran
murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya ialah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh
dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah, seperti tindakan ke atas
kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
(Hal ini
hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu
diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka).
3. Penyertaan
semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola
kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
“Penyertaan
semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan
gerakerja kokurikulum di sekolah.”
(Perkara
5.2 dalam SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
Implikasinya:
(a) Setiap
guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang
spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah,
seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
(b) Keengganan
guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu
kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban
penjawat awam ataupun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan
disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam {Kelakuan dan
Tatatertib(BabD)}
4. “Kegiatan
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam
bilik darjah”
{Peraturan 2 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997}
Implikasinya:
(a) Setiap
aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta
skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
(b) Setiap
aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu serta nilai-nilai murni yang
membantu murid membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani secara seimbang.
5. Pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid.
Implikasinya:
(a) Aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin,
bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan terbuka kepada semua murid.
DASAR-DASAR SOKONGAN
1.
“Sekolah-sekolah
khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah
mengalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja
amal untuk masyarakat setempat, bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah,
gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan
sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan
keperibadian.”
{Perkara 5.3 SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah}
2.
Kegiatan kokurukulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan
penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.
(Rujuk Subperkara 4.2.1 & Subperkara 5.2 dalam SPI Bil 4/1985-Penubuhan
Jawatankuasa Sekolah sebagai Institusi Masyarakat)
3.
“Kementerian Pelajaran amat menggalakkan murid bergiat
dalam kegiatan pasukan pakaian seragam yang terdapat di sekolah-sekolah.
Selaras dengan dasar tersebut, guru dan murid juga dibenarkan menyertai
aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa
ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang
berdaftar”
(SPI Bil 24/1998-Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pakaian Seragam
Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan)
4.
“Kementerian Pelajaran membenarkan pihak sekolah
menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara
terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat
untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”
(SPI Bil 12/2000- Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan)
5.
“Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara,
Kementerian Pelajaran ingin menegaskan bahawa murid di sekolah perlu diberi
ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar
mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani”.
(SPI Bil 18/2000-Penggalakan aktivit Fotografi di Kalangan Murid Sekolah)
6.
“Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan
pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan
pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan
tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah
juga diberi kepada pelajar-pelajar yang menpunyai sifat disiplin yang baik.”
(Subperkara 8.2.4 SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah)
7.
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan
bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang kokurikulum yang diminati
oleh mereka ke peringkat yang lebih tinggi sehingggalah ke peringkat
antarabangsa. Murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan
kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.
INDIKATOR KEBERKESANAN
PELAKSANAAN
1.
Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum tertera di
tempat-tempat yang strategik.
2.
Tertera slogan mengenai kepentingan kokurikulum.
3.
Sekolah mempunyai perancangan jangka pendek dan
perancangan jangka panjang pelaksanaan kokurikulum.
4.
Sekolah mempunyai organisasi pengurusan pelaksanaan
kokurikulum.
5.
Sekolah mempunyai atau terbukti berusaha untuk
menyediakan prasarana dan perkakasan serta peralatan untuk melaksanakan
aktiviti kokurikulum.
6.
Sekolah mempunyai atau terbukti berusaha untuk memperoleh
bahan-bahan sumber atau rujukan untuk pelaksanaan kokurikulum.
7.
Sekolah mempunyai guru yang banyak terlatih atau terbukti
berusaha untuk melahirkan guru yang terlatih dalam bidang kokurikulum.
8.
Sekolah mempunyai jadual aktiviti kokurikulum tahunan
(JAKTI). Jadual
disebarkan kepada guru, murid dan ibu bapa.
9.
Setiap guru menerima tugas dan tanggungjawab
masing-masing dalam bidang kokurikulum secara bertulis. Tugas dan tanggungjawab
ini mestilah jelas, spesifik, adil dan kuantitatif serta ada unsur-unsur yang
menguji kepatuhan, kesungguhan dan kebertanggungjawaban serta yang mencabar
profesionalisme guru.
10.
Sekolah menubuhkan badan beruniform, persatuan/kelab dan
kelab sukan dan permainan yang sepadan dengan jumlah enrolmen dan kepelbagaian
murid.
11.
Sekolah menubuhkan “Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah” seperti yang dimaksudkan oleh SPI Bil 1/1985 dan “Jawatankuasa Sekolah
Sebagai Institusi Masyarakat” seperti yang dimaksudkan oleh SPI Bil 4/1985.
12.
Fail-fail penubuhan dan pengurusan setiap entity
kokurikulum yang ditubuhkan aktif dan kemas kini.
13.
Setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum, seperrti
yang ditetapkan dan masing-masing mempunyai rekod penyertaan, penglibatan dan
pencapaian dalam bidang kokurikulum yang disertai itu.
14.
Setiap murid diberi penilaian prestasi tahunan atas
kehadiran, perjawatan, penglibatan dan pencapaian mereka dalam bidang
kokurikulum berdasarkan skema penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
15.
Sekolah mewujudkan dan mengemas kini pangkalan data
mengenai pencapaian sekolah dan murid dalam bidang kokurikulum pada setiap
tahun.
16.
Sekolah menyediakan insentif atau skema galakan ataupun
anugerah kepada murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum serta kepada guru
atau individu yang member sumbangan cemerlang kepada aktiviti kokurikulum
sekolah.
17.
Sekolah Berjaya merealisasikan konsep “Sekolah Berwatak”.
18.
Wujud peningkatan pencapaian sekolah dalam bidang
kokurikulum berdasarkan kaedah penilaian “Standard Tinggi Kualiti Pendidikan”(STKP).
19.
Terdapat sepasukan murid atau individu murid yang
mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.
20.
Sekolah meriah dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan.
21.
Kadar kemenjadian murid meningkat, iaitu:
i.
Kes
disiplin berkurangan;
ii.
Kehadiran
ke sekolah meningkat;
iii.
Murid
jadi cergas dan ceria;
iv.
Kualiti dan kuantiti murid dari aspek budi pekerti dan
budi bahasa meningkat;
v.
Kes pergaduhan berasaskan perbezaan etnik, sosioekonomi
dan gender berkurangan;
vi.
Prestasi
akademik murid meningkat.
22.
Wujud
kerjasama yang erat dan produktif antara pihak sekolah dengan masyarakat,
pemimpin tempatan, pihak berkuasa tempatan, jabatan kerajaan, agensi kerajaan,
pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta.
23.
Murid, guru, ibu bapa dan anggota masyarakat yang lain
menyayangi sekolah.
24.
Guru dan murid berpandangan dan bersikap positif terhadap
aktiviti kokurikulum.
25.
Sokongan dan sambutan ibu bapa terhadap aktiviti
kokurikulum yang dianjurkan seperti pertandingan, perkhemahan dan aktiviti
gotong royong semakin memberangsangkan.